Monday, June 30, 2008

Testimony Pengguna Produk Ener - G Pendant


Berpantang Ajal Sebelum Maut!

Pasti semua tertanya apa kaitan kenyataan diatas dan apa yang mendorong saya berkongsi pengalaman ini dengan semua.

Penghujung 2006, keluarga saya diuji Allah apabila ibu saya secara tiba-tiba koma dan ditempatkan di wad ICU selama 3 bulan.

Berkat doa semua dan kuasa Allah, ibu saya sedar semula dan sejak dari itu kami sekeluarga berusaha untuk memulihkannya. Berat badan ibu saya dari 85 kg turun dan kurus kering sehingga 50 kg, dia juga menghadapi masalah toksid berkumpul dalam badan, lemah anggota sendi yang mengeras, sel kulit mati yang membuatkan dia tidak berpeluh dan pelbagai masalah kesihatan.

Selama hampir setahun kami sekeluarga tercari-cari penawar untuknya. Kuasa Allah pada Disember 2007, saya dan kakak diperkenalkan kepada rafa oleh En. Fauzi Misnan. Inilah yang dikatakan’ Rahmat Disebalik Musibah Allah.

Apabila saya menyertai Rafa, saya diperkenalkan dengan salah satu produk terbaik Rafa iaitu Rafa Ener-G Pendant.

Tanpa melengahkan masa saya mendapatkannya dan berikan pada ibu dan ayah saya yang juga menghadapai masalah jantung.

Alhamdulillah, kesannya amat mengkagumkan dalam masa 3 hari sahaja ibu saya sudah berpeluh dan boleh membuang air besar secara teratur. Sendi dan kulitnya telah nampak hidup kembali, dia sudah mampu bangun dan berjalan dan melakukan aktiviti ringan. Selera makannya semakin bertambah dan kini semua orang kagum melihat kadar pemulihannya yang cepat.

Dengan pemakaian Rafa Ener-G Pendant dan pengambilan ubat yang teratur serta doa semua orang, ibu saya alhamdulillah hampir 90% sembuh.

SETIAP PENYAKIT ADA PENAWARNYA MELAINKAN MAUT

Selepas melihat kesan pemakaian Rafa Ener-G Pendant kepada ibu dan keluarga saya, saya tidak menoleh ke belakang lagi. Saya terus menyebarkan kebaikkan Rafa Ener-G Pendant ini dan saya berdoa usaha saya ini dapat membantu semua orang yang memerlukan dan yang paling mengkagumkan Rafa Ener-G Pendant ini juga telah membantu saya mendapat sumber pendapatan yang amat mengkagumkan.

NOR AINI BINTI ABU BAKAR

-sistembuatduit-

Monday, June 2, 2008

Rafa 1st Milionaire